Homestay Kulai

The Luxe Event & Stay

Nikmati penginapan selesa dengan kemudahan lengkap, lokasi strategik, dan harga berpatutan. Sesuai untuk percutian keluarga, majlis kenduri kendara, glamping atau urusan kerja. Rumah konsep moden, bersih, dan dilengkapi dengan WiFi, BBQ set, serta tempat letak kereta yang luas dan pelbagai kemudahan lain.

the luxe homestay kulai

Selamat Datang ke The Luxe Event & Stay Homestay Kulai, destinasi penginapan ideal anda di Negeri Johor! Homestay ini terletak di puncak bukit @separa hill di tengah bandar Kulai berviewkan Gunung Pulai. Dengan jaraknya yang sangat dekat dengan Johor Premium Outlet ( JPO ), Senai International Airport, Aeon Mall, access terus ke Singapore mengunakan Highway Tuas sudah pasti membuatkan percutian anda lebih mudah dan menarik.

The Luxe Event & Stay adalah pilihan terbaik untuk anda yang ingin menjelajahi keindahan alam sambil menikmati keselesaan moden. Homestay kami berkonsepkan minimalis moden dengan kelengkapan kolam renang peribadi yang bakal menjanjikan keseronokan kepada pengunjung.

Hidangan pemandangan gunung seakan berada di luar negara, suasana berangin hampir setiap masa, kolam renang besar serta kawasan lapang yang luas yang disediakan untuk sebarang aktiviti seperti Glamping, Majlis Kenduri Kendara memang mengasyikkan dan memenuhi keperluan penginapan anda.

The Luxe Event & Stay merupakan satu- satunya port baru di Johor yang anda boleh healing dan bergambar (OOTD) berviewkan gunung pulai, keretapi, sungai, sunset di waktu senja & sunrice di awal pagi dalam satu masa.

Dengan kelengkapan yang lengkap, pengawasan CCTV 24 jam, kawasan lapang yang luas, beserta tandas dan bilik air yang banyak sudah pasti membuatkan para tetamu majlis kenduri kendara anda merasa lebih selesa & selamat.

Jom rasai kelainan & keseronokan menginap di Homestay Kulai, Johor.

Maklumat Event Space

Kami menyediakan sebuah tapak event yang berkeluasan 10 Meter Lebar x 20 Meter Panjang untuk tujuan majlis kenduri kendara, Wakimatul Urus, & Tapak Glamping beserta kemudahan lengkap untuk di sewa dengan harga yang sangat berpatutan.

Bermula dengan RM 19,490 dah boleh rasa Perkahwinan indah??? Betul, ini pakej lengkap untuk bakal pengantin. Dewan, kelengkapan, catering, pelamin semua kami sediakan. Kemudahan fasiliti tiptop, parking luas, tetamu datang pun rasa tenang.

Nak majlis scenery yang cantik dan exclusive, The Luxe Event & Stay boleh sediakan untuk anda.

Hubungi kami untuk booking promosi hebat ini 👇👇👇

Maklumat Homestay

Rumah Cabin Semi Kaca Exclusive 2 Tingkat

Memiliki 4 bilik tidur berkaca exclusive dan setiap bilik dilengkapi dengan 1 bilik air serta mempunyai pintu masuk bilik yang berasingan antara satu sama yang lain bagi menjamin privasi setiap tetamu

Kolam Renang

Kolam renang bersaiz besar 8 x 16 sqft sesuai untuk kanak-kanak & dewasa

Lot Parking

Boleh memuatkan lebih dari 30 biji kenderaan

Master Bedroom

1 Katil Queen + 1 Bilik Air + Pemanas Air + Penghawa Dingin

Bilik 2

Katil Queen + 1 Bilik Air + Pemanas Air + Penghawa Dingin

Bilik 3

Katil Queen + 1 Bilik Air + Pemanas Air + Penghawa Dingin

Bilik 4

Katil Queen + 1 Bilik Air + Pemanas Air + Penghawa Dingin

Tandas

Tandas dalam keadaan bersih + Pemanas Air

Balkoni & Tingkat Atas

Ruang balkoni + top view untuk healing dan bergambar (OOTD) berviewkan gunung pulai, keretapi, sungai, sunset di waktu senja & sunrice di awal pagi

Ruang Rehat di tingkat bawah

Ruang Rehat di tingkat bawah untuk para keluarga dan saudara mara bertukar cerita

Tandas & Bilik Air Luar

Selain bilik air didalam setiap bilik, kami juga menyediakan 4 Bilik Air Luar untuk kegunaan para tetamu kenduri kendara anda

The Luxe Event & Stay Homestay Kulai

Kemudahan yang ditawarkan

Di The Luxe Event & Stay Homestay Kulai, kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan anda. Homestay kami dilengkapi dengan penghawa dingin, WiFi percuma, BBQ Moden, peti sejuk, televisyen 32 inci, parkir percuma, serta ruang healing & rehat yang luas.

Kami juga menyediakan 2 ruang healing & rehat untuk ahli keluarga berkumpul dan berkongsi cerita sambil menikmati suasana berangin dengan pemandangan gunung. Ruang lapang yang luas juga disediakan untuk aktiviti kekeluargaan, glamping & kenduri kendara. 4 bilik air luar juga di sediakan khas untuk para pengunjung.

Kolam renang bersaiz besar 8 x 16 sqft

Peti ais 2 pintu

Pelampung & jaket keselamatan

Penapis Air Coway

TV + Android Box

Water Heater di setiap bilik air

Penghawa dingin di setiap bilik tidur

Iron & Iron Board

Hair Dryer

Tilam Queen & 4 Bantal

Set BBQ Moden

Wifi percuma

Lot parking muat untuk lebih 30 kenderaan

Tempat Menarik Berhampiran

JPO

AEON KULAI

SENAI AIRPORT

TUAS CHECKPOINT

GUNUNG PULAI

Apa Kata Pelanggan The Luxe Event & Stay?

Kepuasan anda adalah keutamaan kami dalam menyediakan penginapan yang selesa untuk anda.

“Homestay bersih, kemas dan sangat selesa. Kemudahan yang disediakan memang tip top. Memang rekemen sangat stay kat homestay ni!”

Rizal Cheras, KL

“Owner homestay sangat ramah. Memang puas hati sepanjang duduk kat homestay ni. Ada rezeki, boleh datang kesini lagi.”

Aisyah Ipoh, Perak

“Homestay sangat dekat dengan kedai-kedai. Senang nak beli barang. Kejiranan kat sini pun ok je”

Kamal Shah Alam, Selangor

“Homestay bersih, kemas dan sangat selesa. Kemudahan yang disediakan memang tip top. Memang rekemen sangat stay kat homestay ni!”

Rizal Cheras, KL

“Owner homestay sangat ramah. Memang puas hati sepanjang duduk kat homestay ni. Ada rezeki, boleh datang kesini lagi.”

Aisyah Ipoh, Perak

“Homestay sangat dekat dengan kedai-kedai. Senang nak beli barang. Kejiranan kat sini pun ok je”

Kamal Shah Alam, Selangor

“Alhamdulillah kami sangat terpegun dengan view yang ada di The Luxe event & Stay sehingga membuatkan kami merasa seolah pengantin baru yang sedang berbulan madu di luar negara. Bilik yang exclusive dan selesa membuatkan kami seolah-olah bercuti di Hotel Mewah walaupun harga yang di tawarkan sangat berpatutan ❤️”

Puan Farida Skudai, Johor

“Kami satu team sangat berpuas hati dengan service dan fasiliti yang pihak The Luxe Event & Stay sediakan. Layanan mesra pihak pengurusan mereka membuat kami rasa sangat selesa dan bahagia.”

Puan Diana Pasir Gudang, Johor

“Kepenatan kami dalam perjalanan hampir seribu kilometer terus hilang setujus tiba di The Luxe Event & Stay. Seni bina Cabin berkonsepkan Kaca dan modern membuatkan kami rasa sangat berbaloi dengan apa yang kami bayar.”

Tuan Fahizan Pangkor, Perak

“Keputusan tepat kami memilih untuk membuat Majlis Akad Nikah di The Luxe event & Stay menjadikan ianya sebuah majlis yang sangat exclusive dan nampak mewah dengan kos yang sangat minimum bila kami. Nasihat kami bagi bakal pengantin yang inginkan majlis pernikahan anda menjadi kenangan indah yang tidak akan dapat dilupakan buat selamanya, pilihlah The Luxe Event & Stay ❤️”

Azirah Halim Skudai, Johor

Booking Homestay

Untuk tempahan homestay sila isi borang dibawah untuk kami periksa kekosongan tarikh.

Harga Homestay

ISNIN - KHAMIS

RM 390 satu malam

🔥 PROMOSI: 150 satu malam

(setiap satu bilik)

Jumaat - Ahad
CUTI SEKOLAH
CUTI UMUM

RM 490 satu malam

🔥 PROMOSI: 200 satu malam

(setiap satu bilik)

Pakej Wedding

RM 23,490 untuk 500 pax

🔥 PROMOSI: RM 19,490 untuk 500 pax

Polisi Pembatalan:
Bayaran deposit yang telah dibuat akan burn (hangus) jika pembatalan dibuat kurang dari 30 hari dari tarikh penginapan.

BORANG BOOKING

Booking terbuka kepada semua dan tidak dibenarkan sama sekali membawa haiwan peliharaan.

    The Luxe Event & Stay

    Lot 72104,  Jalan Bunga Tanjung, KG Separa Bandar Putra, KG Separa, 81000 Kulai, Johor Darul Ta’zim

    Soalan & Jawapan

    Ya! Anda perlu membuat bayaran deposit Rm 50 (setiap 1 bilik) untuk tempahan tarikh (Lock Date) dan Deposit Keselamatan. Baki keseluruhan perlu dibuat sebelum tarikh check in.

    Deposit keselamatan ini akan dikembalikan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah pihak pengurusan membuat semakan kerosakan atau kehilangan ke atas fasiliti yang disediakan.

    Tidak Boleh! Baki keseluruhan perlu dijelaskan sebelum tarikh check in atau kami anggap anda tidak mahu meneruskan tempahan dan tarikh tempahan anda akan dibuka kepada orang lain.

    Tidak Boleh! Kami amat melarang penghuni membawa haiwan peliharaan atas tujuan keselamatan dan kebersihan.

    Maaf, Homestay kami tidak menyediakan laluan untuk kerusi roda. Walau bagaimana pun, kedudukan lantai tidak terlalu tinggi. Tingkat bawah juga ada bilik tidur dan bilik air. Jadi ia boleh digunakan untuk golongan warga emas dan berkerusi roda.

    Ya! Terdapat pelbagai kedai berhampiran homestay kami seperti kedai dobi layan diri kedai runcit, fast food dan banyak lagi.

    TIDAK!!!

    Masak-memasak tidak dibenarkan. Akan tetapi BBQ di benarkan hanya dengan mengunakan Set BBQ mengunakan Gas yang pihak kami sediakan. Di set BBQ tersebut juga mempunyai 1 dapur kecil untuk memanaskan lauk dan sebagainya.

    The information contained on this website is for general information purposes only. We endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

    © Copyright 2025 Homestay. All Right Reserved.